Cara Untuk Jaga Hubungan Baik Sesama Manusia

Cara untuk kita menjaga hubungan baik sesama manusia:

1. Sentiasa hormat orang. Tak kisah apa jua kedudukan atau pangkatnya, hormat itu yang utama. Hilangnya sifat ini, hilanglah adab kita.

2. Selalu bersikap jujur dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Tak boleh sesekali kita cakap belakang dan menipu. Dalam setiap tindak-tanduk, Islam amat tekankan untuk kita bersikap jujur.

3. Hormati pandangan dan pendapat orang lain. Jika ada perkara yang tak setuju, tak puas hati, berbincanglah dengan cara yang baik dan harmoni sekali. Bukan hanya pentingkan pendapat peribadi.

4. Luangkan masa berkualiti dengan kawan-kawan. Paling mudah, set masa hujung minggu, buatlah aktiviti bersama sekali dua. Pun dah cukup.

5. Menjadi seorang yang pemaaf. Islam telah mengajar kita untuk tidak menjadi seorang pendendam. Bukan semua orang sempurna, belajar terima kekurangan orang lain dan diri sendiri juga.

Irfan Sa’id,
Salam Jumaat!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *