Chicken Royale Terbaik!

Semalam abang order makanan untuk berbuka dari Chicken Royale. Kedai ni famous sebabkan cheese leleh dia. Fuhh memang telan air liur bila tengok video dan gambar-gambar dia tu.

Abang pilih menu-menu yang paling femes bak kata diaorang:

1. Set Bersiong (4-5 pax)
Keju Mozarella dan Cheddar Cheese yang pekat, likat dituangkan ke atas seekor ayam Peri-Peri yang sangat juicy. Ada sekali dengan nasi Basmathi berempah, nugget ayam tempura, fries dan wedges. Siap dengan sos Peri speciall.

2. Set Sapurba (Spicy & Crispy Lamb)
Hirisan daging kambing celup tepung yang digoreng sampai rangup, krup krap krup krapp bila disuap masuk dalam mulut. Daging pun helok je, tak liat. Memanggg surrr!

Chicken Royale ada banyak cawangan. Ada di Shah Alam, Damansara, Putrajaya, Cheras, Ampang dan Gombak. Boleh pilih kedai mana yang terdekat dengan lokasi kalian.

Untuk bulan Ramadan, kedai ni beroperasi dari pukul 4 petang sampai 10 malam. Nak pergi dine-in, takeaway atau delivery suka hati. Cuma tak boleh booking.

Hanya boleh walkin. Haa maknanya siapa cepat, dia dapat. Harga pun memang berbaloi habislah! Dengan portion banyak cenggini, confirm tak rugi.

Abang sendiri dah rasa. Ayam Peri-Peri tu yang paling mengancam. Memang betul-betul sedap. Rasa rempah-rempah perapan ayam bila cicah dengan sos specialnya tu, perghh tak terkata.

So, siapa-siapa yang nak rasa sendiri kelazatan Chicken Royale, korang wajib try hari ini! Ada contact number abang share dekat ruangan komen. Selamat mencuba!

ORDER ANDA DAH SAMPAI!
Ini sos-sos yang ada! Yang warna oren sikit tu sos Peri-Peri. Level pedasnya sederhana, boleh makan sambil cicah dengan ayam
Okay kalau kalian perasan tadi ada cheese dalam bekas transparent kan, haa inilah dia. Bila nak dekat berbuka, abang panaskan cheese ni sendiri. Nak ambil feel tarik-tarik cheese gituu hehe
Kambing goreng tepung + wedges! Sekali ngap, memang tak ingat orang lain dahh hahahahah
Ginilah portion dia gaiss.
Hasil lepas dah tuang cheese ala-ala gaya Chef Ammar hehe
Close-upp sikitt! Korang pun boleh order tau. Time-time ginilah yang abang order semalam. Ngam ngam sampai pukup 6.30 petang gitu.

Leave a Comment

Your email address will not be published.