Emas boleh tergolek macam duit kertas atau saham ke? Menarik topik ni. Okay baik, ini satu lagi ilmu yang saya nak kongsikan dengan kalian.
Mari saya terangkan!
Kenapa harga emas takkan jatuh tergolek macam saham atau duit kertas? Sebab kebelakangan ni, ramai yang duk risau pasal naik turun harga emas dan siap ada yang mempertikaikan lagi.
Jadi, saya akan kongsikan dan menyangkal kenyataan yang telah dibuat. Ada dua faktor utama yang akan mengelakkan harga emas menjadi Zero.
Tak macam duit Ringgit Malaysia, saham atau apa saja instrumen kewangan dalam dunia ni.
1. Emas Ada Kos Perlombongan
Sebab emas ni ada kos pengeluaran. Ianya adalah aset fizikal dan memang wujud bentuknya, bukan macam duit kertas biasa.
Kos perlombongan emas sekitar 1,300 – 1,400 dollar per oz. 1 oz = 31.1 gram, while harga emas dunia secara puratanya pada saat ini (26/12/2023) bersamaan dengan 2,000 USD/oz.
Setakat ke hari ini, harga emas tak pernah dan tak akan jatuh bawah paras harga lombong. Sebabnya bila jatuh, syarikat-syarikat melombong emas ni akan terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian.
Bila dah ditutup, supply gold berkurang dan menyebabkan harga emas akan naik lebih tinggi. Untuk pengetahuan anda jugak, proses perlombongan emas ni makan masa 7-8 tahun ya.
Jadi, kalau satu hari nanti kes lombong emas ditutup ini terjadi, kita akan dapat bersedia lebih awal. So, inilah faktor pertama yang menyebabkan harga emas tak boleh tergolek macam saham.
2. Emas Jatuh, Lagi Ramai Orang Cari
Betul kan? Tengok jelah bila harga emas di negara kita jatuh, even baru turun sikit. Berpusu-pusu orang cari emas. Viral terus dalam berita, semua pakat serbu kedai emas.
Tak macam Ringgit atau Saham. Ada ke orang yang serbu money changer bila Ringgit jatuh? Nak beli Ringgit banyak-banyak?
Saham pun sama. Ada yang sampai Zero orang tinggal saham once nampak tanda-tanda harga saham tu akan menurun.
Okay satu lagi fakta menarik, 50% permintaan emas di dunia digunakan untuk barang kemas. Sikit sahaja yang digunakan untuk pelaburan.
So, kalau harga emas ni nak jatuh tergolek, semua persatuan wanita dalam dunia ni, mereka kena berpakat untuk taknak lagi beli emas sebagai perhiasan.
Which is MUSTAHIL!
Emas Tak Akan Tergolek & Akan Kekal Relevan
Sebenarnya emas ini adalah duit sebenar dalam sejarah manusia. Dah digunakan beribu-ribu tahun lamanya, sebelum kita lahir lagi.
Dan saya yakin jika umur dunia ini masih panjang, emas akan tetap digunakan untuk tahun-tahun yang mendatang.
So, jangan risau pasal harga emas jatuh. Tapi yang patut kita risaukan, terutama untuk penyimpan-penyimpan yang berilmu,
Berapa banyak gram emas yang dah berjaya kita simpan selama ini. 1 gram, 10 gram atau 100 gram? Kita reflect balik semula.
Baca Kelebihan Emas Public Gold Di Sini
Begitulah.
Irfan Sa’id,
Ilmu untuk kita semua.