Flat Rate vs Effective Rate

Flat Rate vs Effective Rate: Ramai Masih Keliru. Kalau anda pernah buat pinjaman bank, sama ada pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, atau pinjaman kereta, pasti anda pernah dengar dua istilah ini:

Flat rate
Effective interest rate

Tapi, ramai lagi yang belum faham perbezaan antara keduanya. Kalau anda bernasib baik, pegawai bank mungkin akan terangkan. Tapi kalau tak, anda mungkin terus terima sahaja apa yang disarankan—tanpa tahu kesannya. Akhirnya, diri sendiri yang rugi.

Jadi jom kita belajar. Supaya anda tahu bezakan flat rate vs effective rate sebelum buat keputusan pinjaman.

1. Apa itu Flat rate?

Kredit gambar: siptrunk.com

Flat rate adalah pengiraan kadar faedah yang berdasarkan jumlah pinjaman asal. Kadar faedah akan dikira secara tetap setiap bulan, tak kira berapa baki pinjaman anda.

Contoh:
Anda pinjam RM100,000.
Walaupun selepas 5 tahun hutang anda tinggal RM50,000, kadar faedah masih dikira atas jumlah asal RM100,000.

Keburukan flat rate:
❌ Anda bayar faedah lebih tinggi
❌ Baki pinjaman tak beri kesan pada kiraan faedah
❌ Biasanya digunakan dalam pinjaman kereta & peribadi

2. Effective Rate

Effective rate dalah pengiraan kadar faedah berdasarkan baki pinjaman. Maksudnya, semakin berkurang nilai pinjaman, semakin rendah faedah yang dibayar.

Sama juga macam contoh tadi. Cuma bila hutang anda dah berkurang ke RM50k pada tahun ke-15, maka kadar faedah dikenakan ke atas baki RM50k, bukan lagi pinjaman asal.

Kredit gambar: https://www.policybazaar.ae/flat-rate-of-interest-reducing-rate-of-interest-decoded-plart/

So, dah boleh agak kan mana satu yang lebih untung? Ini contoh beberapa pinjaman untuk kedua-kedua kadar faedah di atas.

Flat rate: Biasanya dikenakan untuk pinjaman peribadi dan pinjaman kereta

Flat rate vs effective rate. Kereta biasanya gunakan yang mana?
Flat rate biasanya digunakan untuk pinjaman kereta dan peribadi

Effective interest rate: ASBF, pinjaman perumahan, komersial dan perniagaan.

Flat rate vs effective rate. Mana satu yang bagus?
Effective interest rate = pinjaman perumahan

Yang jadi isunya, orang keliru sebab flat rate selalunya tunjukkan kadar yang lebih rendah. Walhal effective interest lebih rendah!

Okay jom kita buat kira-kira pulak

Contoh pertama – Pinjaman peribadi

Total loan: RM100,000
Tenure: 10 tahun
Flat rate: 4.5%

Berdasarkan kiraan calculator website fincrew.my

Flat rate = 4.5% bertukar total effective interest rate kepada 9%.

(Formula mudah Dr. Azizul Azli Ahmad, flat rate darabkan dengan 1.88 untuk tengok jumlah sebenar.)

Monthly installment amount RM1,208.33

Total bayaran semula adalah RM145,000.

RM45,000 lebihan itu adalah faedah yang dikenakan. Wowwww! Tunggu jappp. Lepasni korang akan lebih terkejut!

Contoh ke-2 – housing loan (pinjaman rumah)

Total loan: RM100,000
Tenure: 10 tahun
Effective interest rate: 4.5%

Berdasarkan kiraan calculator home loan calculator di propertyguru.com.my

Monthly repayment: RM1,036

Total repayment: RM124,320

Lebihan RM24,320 sahaja. Secara asasnya, pinjaman perumahan yang menggunakan effective interest rate lebih baik berbanding pinjaman peribadi.

Haaa saya kongsikan ni berdasarkan pembacaan sendiri. Tengok Google, tengok sharing mentor-mentor kewangan. Kalau ada salah silap, mohon tunjuk ajar.

Irfan Sa’id,
Alhamdulillahh syukurrr dapat belajar sesuatu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *