Jangan Salah Melabur Dalam Emas!

Perkongsian Tuan Azizi Ali tentang golongan yang dah pernah melabur dalam emas. Namun, tak kaya-kaya!

1. Salah pilih produk. Kalau kita nak simpan emas sebagai pelaburan jangka masa panjang, produk yang betul adalah Jongkong dan Syiling (Dinar) Emas.

Bear in mind, bukan tak boleh beli barang kemas. Cuma barang kemas hanya sesuai sebagai perhiasan sahaja, bukan pelaburan. Sebab harga jual balik barang kemas tersangatlah rendah berbanding gold bar dan dinar.

Gold Bar dan Dinar sebagai emas pelaburan

2. Melabur terlalu sedikit dan tak pernah tambah simpanan emas selepas pembelian pertama. Dalam apa jua pelaburan, kita kena melabur dengan banyak. Baru pulangannya pun lumayan.

Tuan Azizi Ali mula simpan emas fizikal sejak tahun 2008 lagi. Dan beliau masih lagi melabur dalam emas sehingga ke hari ini. 15 tahunnn gaisss!

Paling mudah, melabur secara konsisten melalui Direct debit akaun emas GAP serendah RM100, atau beli emas dengan cara EPP, minimum 1 Dinar.

3 cara belian emas Public Gold

3. Tersalah konsep dan mempunyai ilmu emas yang cetek. Ingatkan emas ni boleh bagi pulangan yang serta-merta.

Ohh tidak! Ramai yang tersilap dan akibatnya tak sampai setahun dah jual simpanan emas.

Emas bersifat Long Term Investment, 3 tahun ke atas. Kalau betul-betul memerlukan, barulah kita fikir untuk jual ataupun gadai.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Semoga bermanfaat!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *