“Dekat mana ya aku boleh jual emas Public Gold ni?”
Soalan ini kerap sangat ditanya oleh penyimpan emas, terutamanya yang baru mula simpan dengan Public Gold. Jawapannya mudah saja. Emas Public Gold boleh dijual di mana-mana, dalam atau luar negara.
Tapi kalau nak harga terbaik dan tak nak rugi banyak, jawapannya lebih tepat ialah: jual emas di Public Gold.
Dalam artikel ini, saya akan kupas kenapa anda patut jual balik emas anda di Public Gold, bagaimana nak elak susut nilai yang tinggi, dan tips penting sebelum jual supaya anda tak terpedaya.
Emas Public Gold Laku Di Mana-Mana, Tapi…
Emas ialah logam bernilai yang diiktiraf seluruh dunia. Tak kisah anda beli dari Public Gold, Habib Jewels, ataupun kedai emas kampung. Semuanya laku.
Contohnya baru-baru ini, seorang Dealer Public Gold berjaya jual 1 Dinar emas miliknya di Dubai. Ya, di Dubai! Video perkongsian itu saya dah kongsikan di channel Telegram saya. Boleh tonton di sini:
👉 Klik Untuk Tonton Video
Tapi soalnya sekarang: kenapa perlu jual emas di Public Gold semula kalau boleh jual di mana-mana?
Jawapan ringkasnya: Spread.

Apa Itu Spread? Kenapa Penting Bila Nak Jual Emas?
Spread ialah perbezaan antara harga beli dan harga jual balik emas.
Contohnya:
- Harga beli 1 Dinar: RM2,037
- Harga jual semula (buyback): RM1,854
- Spread: RM183 (9%)
Setiap syarikat atau kedai emas ada spread berbeza bergantung pada polisi perniagaan mereka.
Kenapa Jual Emas di Public Gold Lebih Untung?
1. Spread Yang Lebih Rendah
Public Gold menetapkan spread emas yang lebih rendah berbanding kedai emas biasa. Contohnya:
Produk Emas Public Gold | Anggaran Spread |
---|---|
1 gram gold bar | 9% |
1 Dinar (4.25g) | 9% |
10 gram gold bar | 9% |
50 gram gold bar | 7.5% |
100 gram gold bar | 7% |

Semakin berat emas, semakin rendah spread. Ini sangat menguntungkan untuk pelabur emas jangka panjang.
2. Tiada Caj Tersembunyi
Kalau anda jual di kedai lain, ada risiko mereka akan caj:
- Caj analisa ketulenan
- Caj lebur emas
- Caj ‘bukan produk mereka’
3. Buyback 24 Jam Online
Public Gold menyediakan sistem jual balik emas secara online 24 jam untuk akaun GAP, termasuk hujung minggu. Anda boleh terus log masuk ke akaun GAP dan jual bila-bila masa dengan harga semasa.
Langkah Jual Emas di Public Gold (Buyback)
Kalau anda ada akaun GAP:
- Log masuk ke akaun GAP di Public Gold GAP
- Pilih “Sell”
- Masukkan berapa gram nak jual
- Klik “Submit” dan tunggu pembayaran masuk ke akaun bank anda

Kalau anda pegang emas fizikal (bukan GAP), anda boleh:
- Walk-in ke mana-mana cawangan Public Gold

Bila Masa Sesuai Nak Jual Emas?
Ramai fikir emas boleh beli hari ni, lepas sebulan dua terus nak jual.
Salah tu.
Emas bukan skim cepat kaya. Ia adalah simpanan jangka panjang. Kalau anda jual terlalu awal, kemungkinan besar anda akan rugi sebab spread belum boleh cover.
Cadangan saya:
- Simpan emas minimum 2-3 tahun
- Tunggu ketika harga emas naik mendadak (high season)
- Jual bila ada keperluan mendesak atau tukar kepada aset lain
Mitos: Jual Emas = Rugi?
Sebenarnya bukan emas yang susut nilai, tapi spread itu yang menyebabkan perbezaan antara harga beli dan harga jual. Dalam jangka panjang, kenaikan harga emas mampu cover balik spread dan beri keuntungan.
Kalau anda bandingkan emas dengan simpan duit dalam bank:
- Duit susut nilai setiap tahun (inflasi)
- Emas kekalkan kuasa beli jangka panjang
Contohnya:
- RM1,000 pada tahun 2000 hari ini cuma bernilai RM400 dari segi kuasa beli.
- Tapi 1 Dinar emas tahun 2000 masih boleh beli barang yang sama jumlahnya hari ini.
Tips Sebelum Jual Emas Anda
- Jual di tempat asal beli
- Kalau beli emas Public Gold, jual balik di Public Gold.
- Anda dapat harga lebih tinggi dan proses lebih mudah.
- Semak harga semasa dulu
- Layari laman rasmi dan rujuk harga Buyback di web Public Gold Hari Ini
- Jangan tertipu dengan kedai yang markup harga beli rendah
- Jangan panik masa harga turun
- Tunggu masa sesuai untuk jual
- Ingat, emas untuk simpanan jangka panjang
- Elakkan jual di kedai tanpa sijil
- Ada risiko emas dinilai rendah
- Kedai ambil kesempatan sebab bukan produk mereka
Kesimpulan: Nak Untung, Jual Emas di Public Gold
Jual emas memang boleh di mana-mana, tapi kalau nak minimumkan kerugian spread, nak dapat proses yang mudah dan pantas, jual emas di Public Gold adalah pilihan paling bijak. Public Gold jamin beli emas anda walaupun rosak, calar, kemek dan sebagainya.
Public Gold pun beli jenama emas lain dengan harga tertinggi jika nak dibandingkan di tempat lain, tak kisah jenis ketulenan emas. Asalkan tulen, Public Gold beli. Kalau anda ada emas lama yang nak dijual, boleh hubungi saya sekarang.
Tak kisah anda beli 1 gram atau 1 kilogram, pastikan anda tahu:
✅ Spread emas
✅ Polisi buyback
✅ Masa terbaik untuk jual
Kalau anda masih simpan emas Public Gold dan belum tahu cara jual, jangan risau. Saya sedia bantu. Terus saja WhatsApp saya:
📲 011-32399333. Atau join channel Telegram saya untuk lebih banyak tips emas.
Irfan Said,
Jual emas pun mesti ada ilmu.