Insya-Allah selagi kita pandai jaga dan uruskan kewangan kita dengan baik, hidup pun akan sentiasa tenang.
Yang menganggu kita dalam hidup ni bila pengurusan kewangan caca-merba. Bila tak boleh nak urus kewangan diri, belanja pun tak ingat dunia. Hutang jahat pula makin bertambah-tambah.
Kemudian, bila kita rasa nak makan pun tak cukup duit, mulalah nak berhutang dengan keluarga dan kenalan lain. Hutang ini sebenarnya mencipta komitmen kita di masa hadapan. Makin bertambah hari, hutang sudah menunggu.
Mana tak datang migraine?
Senang sangat nak uruskan kewangan ni sebenarnya. Belanja ikut keperluan, belajar hidup bawah kemampuan. Cuma tekniknya sahaja yang perlu diperbetulkan.
Nak ada teknik yang betul, mudah sahaja. Hadir seminar-seminar kewangan atau keluarkan sikit duit untuk beli buku kewangan. Tak sampai RM 30 pun.
Kalaulah kita boleh belanja untuk renovate rumah, tukar kereta baru, beli beg tangan baru, apa salahnya beli buku kewangan dan hadir ke kelas-kelas kewangan.
Kalau asyik bocor juga simpanan kita, cuba tukarkan kepada emas. Pegang emas fizikal 1 gram pun tak apa. Ini tips yang saya boleh kongsikan.
Saya yakin simpanan emas kalian mampu melebihi 3 bulan dana kecemasan. Kalau anda nak dapat buku kewangan percuma dari saya, klik sini. Mula simpan emas dan dapat buku percuma!
Irfan Sa’id,
Biar tak bergaya, asal poket kaya.
Lebih banyak tips kewangan di https://t.me/irfsansaidali