Nikmat atau Ujian?

Mungkin kita lihat ada kawan-kawan kita yang gaya hidupnya bahagia, sentiasa ceria, macam tak ada masalah langsung.

Alhamdulillah, itulah perkataan pertama yang harus keluar dari mulut kita. Kita bahagia dengan kebahagiaan yang mereka ada. Kita gembira tengok orang lain gembira.

Kita langsung tak simpan segala jenis perasaan dengki atau iri hati terhadap mereka malah kita mendoakan lagi kebahagiaan buat diri mereka.

Mungkin kita pernah rasa yang hidup kita ini selalu saja ditimpa musibah. Lepas satu masalah, satu masalah datang. Berturut-turut macam tiada penghujung.

Tetapi mungkin juga kita tidak sedar betapa banyaknya rezeki yang telah Allah berikan selama mana kita hidup. Rezeki yang Allah dah aturkan buat diri kita.

Boleh jadi ujian yang datang itu disebabkan diri kita yang tidak mensyukuri nikmat-nikmat yang telah Allah berikan. Walaupun di mata kita nampak kecil, tetapi di mata orang lain, umpama emas dan permata.

Sungguh berharga!

Kita cuba untuk sentiasa memperbaiki diri, apa jua nikmat atau ujian sekalipun yang Allah beri, perkataan pertama yang harus keluar dari mulut kita adalah alhamdulillah.

Insya-Allah dengan lebih banyak kita mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya, pasti Allah akan melipatgandakan pemberian-Nya. Sama-sama kita menjadi hamba-Nya yang lebih menghayati erti bersyukur.

Irfan SaidAli
Hidup itu lebih indah apabila disyukuri

Leave a Comment

Your email address will not be published.