Pernah tak anda rasa, baru saja dapat duit biasiswa atau elaun, belum sampai tengah bulan duit sudah ‘ghaib’? Bukan beli barang mahal pun, tapi duit itu habis macam itu saja. Inilah yang kita panggil sebagai kebocoran wang.
Namun, sejak kebelakangan ini, saya perasan satu fenomena luar biasa. Ramai kawan-kawan sebaya saya, yang majoritinya masih lagi bergelar pelajar universiti dah mula sedar. Mereka sudah berjaya simpan duit dengan emas.
Yang paling menarik, mereka sendiri tak perasan yang tahu-tahu saja, cukup setahun simpanan emas mereka sudah mencecah nilai RM1,000 ke atas!
Fuhh, memang power. Inilah keistimewaan emas yang selalu orang terlepas pandang.
Kenapa Emas Jadi Penyelamat Simpanan?
Kalau tanya saya sendiri, alhamdulillah, saya sudah berjaya mencapai sasaran simpanan peribadi sebanyak 107 gram emas walaupun status saya masih lagi seorang pelajar universiti. Syukur sangat!
Macam mana saya buat? Rahsianya adalah dengan menukarkan tabiat simpanan tunai kepada simpanan emas. Emas telah selamatkan simpanan saya daripada terus bocor.
Dulu, kalau nampak Sales besar-besaran atau promosi online shopping, memang tangan ni gatal nak membeli. Tapi sekarang, mentaliti saya sudah berubah.
Setiap kali nampak barang yang bukan keperluan, saya akan fikir: “Daripada aku beli benda ni, lebih baik aku beli 1 gram emas.”
Emas ada satu “aura” yang membuatkan kita rasa sayang nak berbelanja. Bila kita nampak gram emas kita bertambah, kita jadi makin bersemangat nak simpan lagi.
Kecuali kalau bab makananlah, yang itu memang saya sanggup berhabis duit sikit! Tapi tetap kena beringat supaya tak melampaui bajet, kan?
Strategi Simpan Duit Dengan Emas Untuk Anak Muda
Bagi anda yang baru nak bermula, ini adalah sebab kenapa anda perlu simpan duit dengan emas sekarang:
-
Psikologi Simpanan yang Berbeza: Bila simpan duit dalam bank, kita nampak nombor. Bila nampak nombor, kita rasa “kaya” dan mahu berbelanja. Bila simpan emas, kita nampak aset. Kita akan rasa lebih berat hati nak cairkan emas tersebut untuk perkara yang sia-sia.
-
Kalis Inflasi: Nilai wang tunai semakin mengecil setiap tahun (inflasi). Dengan menukarkan sebahagian simpanan kepada emas, anda sebenarnya sedang mengunci nilai kekayaan anda untuk masa hadapan.
-
Mudah Bermula: Jangan ingat kena ada ribuan ringgit baru boleh beli emas. Sekarang, dengan RM100 pun anda sudah boleh mula menyimpan secara konsisten melalui akaun emas.
Waktu Muda Adalah Waktu Emas
Nasihat saya kepada rakan-rakan seperjuangan, waktu mudalah waktu terbaik untuk kita menyimpan sebanyak-banyaknya. Komitmen hidup kita belum setinggi orang yang sudah berkeluarga.
Bayangkan, jika anda mula simpan duit dengan emas dari sekarang, apabila anda tamat pengajian dan melangkah ke alam pekerjaan nanti, anda sudah ada ‘back-up’ yang kukuh. Simpanan emas tersebut boleh dimanfaatkan untuk:
-
Deposit membeli rumah pertama.
-
Dana majlis perkahwinan (tak perlu buat personal loan!).
-
Membayar deposit kereta atau modal perniagaan.
Betul tak? Jangan biarkan masa muda kita berlalu dengan poket kosong. Jadikan emas sebagai perisai kewangan anda.
Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.


