Ramai yang Tak Tahu tentang Ar-Rahnu?

Dalam artikel kali ini, saya nak berkongsi serba sedikit tentang Ar Rahnu. Sebab ramai yang masih lagi pergi kedai pajak gadai yang tak patuh syariah.

Dan akhirnya, diri sendiri yang merana. Emas kurang gram la, kena bayar bunga tinggi la dan banyak lagi. Okay dah, jom kita sambung.

Sistem Ar-Rahnu berkonsepkan:

1. Qardhul Hasan – peminjam mesti membayar semula jumlah yang dipinjamnya.

2. Ar Rahnu dan Al-Wadi’ah – peminjam perlu meletakkan aset yang berharga seperti emas sebagai barang cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Sama seperti gadai janji perumahan (mortgage).

3. Al-Ujrah – Pemberi pinjaman dibolehkan untuk mengenakan bayaran bagi barang-barang gadaian yang disimpan.

Kelebihan Ar-Rahnu:

1. Kita boleh lanjutkan tempoh pembiayaan seandainya kita masih tak mampu menebus emas yang digadai.

2. Tempoh pembiayaan biasanya antara 6-12 bulan. Syarat untuk memanjangkan tempoh pembiayaan, caj upah simpan untuk enam bulan pertama telah dilunaskan terlebih dahulu. Ar-Rahnu tak ada kenakan faedah, bunga dan sebagainya. Yang ada hanyalah pinjaman campur upah simpan.

3. Seandainya kita masih tak mampu tebus dan tak bayar caj upah simpan, maka emas akan dilelong. Lebihan wang hasil dari lelongan akan dikembalikan kembali kepada peminajm setelah ditolak caj upah simpan.

4. Namun, peminjam juga akan menerima notis lelongan sebelum barang gadaian dilelong.

Berapa peratus pinjaman dan berapa caj upah simpan?

1. Secara puratanya, Ar-Rahnu akan memberi pinjaman antara 60%-70% dari nilai barang kemas.

2. Caj upah simpan adalah RM0.70 bagi setiap RM100 nilai emas yang dipajak.

3. Caj upah simpanan yang dibayar adalah tetap walaupun harga emas turun naik semasa dalam gadaian.

Ar-Rahnu sesuai untuk siapa?

1. Sesuai untuk semua orang dan berkonsepkan pinjaman bercagar jangka masa pendek.

2. Contohnya, orang berbisnes yang perlukan modal boleh gadai simpanan emas di Ar-Rahnu untuk rolling modal. Dah dapat untung, tebus balik emas. Settle.

3. Fakta menarik! Ar-Rahnu juga sebenarnya lebih murah dari pinjaman peribadi. Cuma pastikan kita gadai emas hanya pada waktu terdesak dan betul-betul perlukan duit.

4. Buat kira-kira sebelum nak gadai di Ar-Rahnu. Contohnya, jika nak beli kereta. Tak perlu gadai emas semata-mata nak beli kereta. Sebaiknya buat car financing yang pihak bank sediakan.

Oh ya, untuk pengetahuan anda, Syarikat Emas Public Gold pun telah menjalin kerjasama dengan dengan pelbagai institusi Ar-Rahnu di Malaysia.

Yang paling senang, anda terus kunjungi cawangan Ar-Rahnu Pos Malaysia di seluruh negara jika nak gadai emas. Datang cawangan mereka dan terus gadai emas. Mereka akan terima tanpa banyak soal.

Namun, ini adalah informasi yang perlu diberi perhatian. Ada beberapa institusi Ar-Rahnu di Malaysia yang tak menerima sebarang design keagamaan pada emas. Jadi, anda perlu selidik dahulu, mana yang terima, mana yang tak.

Kalau tempat lain taknak terima, anda terus kunjungi salah satu anak syarikat Public Gold, Koperasi Dagang Emas (KDE). KDE juga menawarkan khidmat gadaian dan paling penting, ianya patuh syariah.

Oy ya, Ar-Rahnu YaPeim juga tak terima emas Public Gold sebab mereka hanya terima produk emas yang dikeluarkan oleh mereka sendiri kalau nak gadai.

Beberapa institusi Ar-Rahnu yang ada menjadi Business Partner Public Gold
Beberapa institusi Ar-Rahnu yang ada menjadi Business Partner Public Gold
Beberapa institusi Ar-Rahnu yang ada menjadi Business Partner Public Gold

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Ar-Rahnu bukan tempat simpan emas kecuali jika kita betul-betul tengah sesak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *