Cuba Cuba Simpan Simpan: Tips Elak Rugi Melabur Emas

Ramai orang mula melabur kerana terikut-ikut trend. Mereka hanya cuba cuba simpan simpan emas tanpa memahami strategi sebenar, akhirnya merungut bila tidak nampak keuntungan dalam masa singkat.

Penyimpan emas yang bijak sudah tahu apa tujuan asal mereka. Mereka faham bahagian mana wang yang patut digunakan dan tidak bertindak mengikut emosi semata-mata. Jika anda masih di fasa main selamba tanpa perancangan, kemungkinan besar anda belum bersedia untuk memegang aset berharga ini.

Kenapa “Cuba Cuba Simpan Simpan” Tanpa Ilmu Berbahaya?

Jangan jadi seperti segelintir individu yang nampak kawan beli emas, dia pun tak nak kalah. Beli 1 gram, terus canang di media sosial sebagai pelabur berjaya. Namun, bila nampak jiran tukar perabot baru bulan depan, tiba-tiba niat hati nak jual balik emas yang baru dibeli bulan lepas.

Apabila harga jual balik (buyback) tidak memberikan keuntungan segera, mulalah timbul rungutan dan memburukkan syarikat emas.

Kawan-kawan, ingat pesanan ini:

  • Jangan simpan emas jika niat anda “beli hari ini, bulan depan jual”.

  • Emas bukan instrumen untuk “cepat kaya” dalam masa sebulan dua.

  • Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang.

Anda perlu ada BIG WHY yang jelas sebelum memulakan perjalanan dalam dunia emas dan perak. Jangan beli hanya kerana takut ketinggalan trend atau FOMO.

Ubati Sifat Boros Dengan Emas

Jika anda seorang pelajar atau pekerja yang sedar simpanan di bank tak pernah meningkat kerana asyik “leak” di platform online shopping, emas adalah ubatnya.

Bagi yang baru nak berjinak-jinak, anda boleh bermula dengan modal serendah RM100 melalui akaun GAP (Gold Accumulation Program). Sambil anda cuba cuba simpan simpan secara konsisten, anda sebenarnya sedang memupuk disiplin diri.

Emas mempunyai “aura” yang unik. Jika duit tunai sering membuatkan kita rasa mahu berbelanja, aura emas pula menarik kita untuk terus menyimpan dan mengumpul lebih banyak gram.

Kesimpulan

Mulakan simpanan anda dengan ilmu. Jangan sekadar mengikut orang lain, tetapi fahami matlamat kewangan anda sendiri. Untuk tips lanjut mengenai strategi emas yang betul, anda boleh baca artikel kami tentang teknik simpanan emas untuk bajet kecil.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai kredibiliti pengeluar emas di Malaysia, anda boleh merujuk kepada laporan pasaran emas tempatan atau layari laman web rasmi Public Gold sebagai rujukan harga semasa.

Irfan Sa’id,
Follow rapat-rapat untuk ilmu emas yang betul!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *