Simpan emas, anda kaya!

Orang yang beli emas ialah orang yang kaya! Ya, memang betul. Malah, pelabur-pelabur terkemuka dunia seperti Warren Buffet pun simpan emas sebagai aset.

Namun, kekayaan itu bukan hanya tertumpu kepada seberapa berat jongkong dan seberapa banyak keping dinar yang kita ada. Hakikatnya, ia terletak pada diri penyimpan emas itu sendiri!

Ini kerana kita telah berjaya memperoleh ilmu tentang emas dan bertindak untuk mengaplikasikan ilmu tersebut. Kita memulakan simpanan emas dengan ilmu serta nekad untuk tidak menoleh ke belakang lagi.

Kerana kita yakin dengan kemampuan emas ini. Insya-Allah dengan niat dan tujuan yang betul, ilmu dan bekalan emas yang kita ada ini akan menjamin kesenangan kita di masa hadapan.

Inilah kekayaan sebenar para penyimpan emas. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan memanjangkan ilmu ini kepada orang lain pun suatu sedekah.

Irfan Sa’id,
Anda simpan emas, anda kaya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *