Bukanlah semua wang kita ditukar ke dalam bentuk emas. Kita memang wajib perlu sediakan tunai sebagai dana kecemasan. Tidak dinafikan!
Tetapi penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkiflie Shafie secara peribadi membahagikan 12 bulan pendapatan kepada:
– 3 bulan dalam bentuk tunai
– 9 bulan dalam bentuk emas
Ia adalah simpanan kecemasan yang sesuai dengan diri Tuan Mohd Zulkiflie Shafie sebagai seorang yang menjalankan perniagaan sendiri.
Bagi kita yang bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta, sekurang-kurangnya wajib ada 3-6 bulan simpanan kecemasan. Jika terjadi apa-apa pada kita (nauzubillah), kita dapat meneruskan kehidupan seperti biasa sebelum mencari sumber pendapatan yang lain.
Antara salah satu sebab mengapa kita tukarkan ke dalam bentuk emas adalah kerana emosi menyimpan emas ini sangat kuat. Sebagaimana kita seronok bila dapat berbelanja dengan wang yang banyak, begitu juga dengan simpanan emas.
Makin hari, keinginan kita semakin membuak-buak untuk simpan emas. Ini adalah fitrah di dalam diri manusia. Duit kecemasan ini juga tidak dapat dibelanjakan sewenang-wenangnya bila disimpan dalam bentuk emas.
Dan sebab yang lain adalah nilai emas sahaja yang mampu mengejar kadar kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di sekeliling kita. Bila sebut simpanan untuk kecemasan, ianya bertujuan untuk digunakan di masa hadapan.
Siapa yang boleh jamin matawang kita pada hari ini masih bernilai dalam masa 10-20 tahun akan datang? Tetapi dengan simpanan emas, nilainya akan kekal walaupun 1,000 tahun lagi.
Waktu ini, simpanan kecemasan dalam bentuk tunai mungkin tak dapat memberi apa yang kita perlukan. Yang berguna di saat itu adalah simpanan emas kita.
Saya juga ikut formula Tuan Zulkiflie Shafie, ada simpanan kecemasan dalam bentuk tunai, ada juga dalam bentuk emas. Dalam jangka masa pendek, saya ada duit di bank. Untuk jangka masa panjang, saya dah siapkan simpanan emas.
Begitulah.
Irfan Sa’id,
Simpan duit, simpan emas juga.