Spaghetti ala Tanah Melayu

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Hujung minggu ini abang nak kongsikan resipi spaghetti ala Tanah Melayu.

Haa gitu nama yang abang beri untuk menu kali ini. Abang reka namanya dan sama-sama bertukang di dapur dengan ummi.

Kalau ikutkan ummi, orang yang memberikan semangat untuk ummi buat spaghetti ini ialah Cikgu Rozita Saidin.

Nak bawakkan juadah untuk jamuan kelas waktu saya sekolah rendah dulu. Haa menggamit kenangan sungguh!

Jadi, jom kita mulakan!

Spaghetti ala Tanah Melayu

Bahan-bahannya:

  • Daging kisar Ramly
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar*
  • 10 tangkai cili kering*
  • 10 biji tomato*
  • 1 biji bawang besar#
  • 1 botol besar sos prego original
  • 1 paket bebola daging
  • 2 tin Cendawan butang
  • 1 sudu besar serbuk kari daging dan ikan
  • 1 sudu besar serbuk jintan kasar dan halus

Yang bertanda *, kita kisarkan dan yang bertanda #, kita cincang sebelum mula. Baik, jom kita mula. Langkah-langkah saya kongsikan di bawah beserta gambar ya.

1. Rebus spaghetti dan asingkan. Air rebusan jangan dibuang ya. Kita nak guna nanti untuk menambah kelazatan kuah spaghetti.
2. Goreng bebola daging sampai warna bertukar keperang-perangan.
Ini antara bahan-bahan yang kita nal gunakan untuk menyediakan spaghetti tersedap di abad ini hehe.
3. Masukkan bawang merah yang dicincang dan tumis dahulu.
4. Masukkan bahan yang dah dikisar dan tumis hingga naik bau.
5. Masukkan serbuk kari dan jintan. Bergantung pada saiz hidangan ya.
6. Masukkan daging kisar dan masak sehingga garing. Haa gambar ini yang dah siap masak.
7. Masukkan sos prego, tomato yang dikisar dan air rebusan spaghetti tadi. Merah kann warnanya, seperti lagu Awie dan Ziana Zain, Senja Nan Merah. Haha.
8. Biarkan ia masak, kacau perlahan-lahan sehingga menggelegak. Kemudian, boleh masukkan bebola daging dan tambah cendawan butang.

Haa inilah hasilnya. Alhamdulillah siap sudah. Senang sangat kan? Nanti kalau free, boleh la cuba resipi ini ya.

Ingat spaghetti, ingat abang. Haha. Boleh juga share pada keluarga dan kenalan. Baru padu!

Lebih banyak resipi di https://t.me/irfsansaidali

Leave a Comment

Your email address will not be published.