Dekat mana nak jual emas Public Gold?

“Dekat mana ya aku boleh jual emas Public Gold ni?”

Gais, emas ini dekat mana-mana pun boleh jual. Tak kisah jenama apa sekalipun. Dalam negara, luar negara, laku belaka.

Macam baru-baru ni, ada Dealer Public Gold berjaya jual 1 Dinar emasnya di Dubai. Haa saya dah kongsikan video tersebut di channel Telegram saya. Klik link ini => https://t.me/irfsansaidali/2623

Cuma ada tips lebih baik yang saya nak kongsikan sebelum jual balik emas. Anda wajib tahu!

Sebolehnya kita jual semula kepada syarikat/kedai/penjual asal jenama emas yang dibeli.

Kalau beli di Public Gold, jual di Public Gold. Sebab susut nilainya (spread) yang lebih rendah berbanding jika dijual di tempat lain.

Makin berat emas, makin rendah spread!

Lagi satu, anda tak adalah kena tipu sampai orang kedai tu nanti nak ambil emas anda dengan harga yang murah gila.

Iyalah, dah tentu mereka nak untung lebih. Lagi-lagi kalau bukan produk asal yang mereka jual.

Bahaya kalau orang tak tahu pasal ni.

Terutama yang jenis lurus dan terima bulat-bulat apa orang kedai cakap. Tak pandai tawar-menawar, alamatnya lagi teruk la anda kena lipat.

Contohnya bantai caj sampai 25%! Menangis terduduk dekat situ juga kita nanti. Haaa risau kan.

Cuma bila kita nak jual emas, bukan nilai emas tu yang susut. Ramai yang tersalah faham. Dekat situ, ada wujud perbezaan harga kita beli dan harga kita nak jual balik nanti. Bahasa mudahnya, spread.

Cara pengiraan Spread emas

Ianya bergantung kepada polisi perniagaan sesebuah syarikat dan juga cara syarikat tersebut nak jana keuntungan.

Sebab itu, emas dikategorikan sebagai simpanan jangka masa panjang. Bukan beli hari ini, bulan depan nak jual. Confirm rugi.

Oh ya, susut nilai emas ni sikit sangat. Boleh cover banyak lagi kalau simpan lama. Beza dengan kita simpan duit saja untuk jangka masa panjang.

Kuasa beli makin rendah, nilai susut, dan tak tentu lagi simpanan kita tu masih ada lagi atau tak untuk 2-5 tahun akan datang.

Kalau tak dicuri, kita sendiri yang terbelanjakan duit tu. Buat shopping online.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Beli emas di Public Gold, jual di Public Gold.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *