Gunung Berembun Checked!

Fakta menarikk tentang Gunung Berembun, Cameron Highland!

1. Ketinggiannya setinggi 6037 kaki atau 1840m dari aras laut.

2. Ada 8 trail berbeza kalau nak sampai ke puncak. Kami masuk guna trail nombor 6 dari pejabat perhutanan dan keluar ikut trail nombor 7, terus keluar dekat MARDI.

3. Ambil masa 3 jam untuk sampai ke puncak. Setiap laluan dipenuhi dengan kehijauan pokok yang memukau. Kalau hiking di Cameron ni, tarikannya adalah Mossy Forrest. Lawooo gaisss.

4. Cakap pasal Mossy Forrest ni, malim gunung bagitahu yang lumut-lumut ni makan masa bertahun-tahun nak tumbuh. Kalau kita nak duduk, pijak, pegang, mesti hati-hati. Tak boleh sebarangan je. Nanti rosakk and pengunjung-pengunjung lain tak dapat enjoy kecantikan Mossy Forrest ni.

5. Laluan masuk trail nombor 6 ni, akan jumpa tempat orang camping. Waktu tu, ramaiii gais orang. Maklumlah cuti sekolah. Dalam satu jam perjalanan gitu, jumpa pondok tempat untuk berehat.

6. Kebiasaannya dalam 3 jam dah sampai puncak. Cuma haritu bawaa trip pelajar seramai 112 orang, terlambat sejam. Okayy la kan. Alhamdulillah semua pelajar dapat menawan puncak Berembun. Ambil gambar dan layan view dekat atas sana.

7. Lepas siap bergambar semua, kami start turun ikut trail no. 7. Laluannya curam pada awalnya, trek licin tapi alhamdulillah semua selamat sampai ke bawah dalam masa 2 jam. Serious talk, sepanjang perjalanan naik dan turun, view memang lawa gilaa. Dengan angin dingin bertiup lembut, fuhh syahduu.

8. Kami ikut malim gunung yang diketuai oleh Cik Man dan team. Kalau kau orang nak cari malim gunung yang bersemangat, kelakar, nak enjoy sepanjang perjalanan, boleh roger Cik Man. Semenanjung Malaysia dia cover.

Tagline Cik Man,

“Kan ke tak kan?”

“Kannnn!”

“Baik baik baikkk.”

Ni nombor Cik Man: 017-6756043

Irfan Sa’id,
Gunung Berembun sudah ku tawan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.