Harga Emas 916 Harini dan Cara Kira Nilai Barang Kemas

cara kira harga emas 916

Harga emas 916 harini berapa? Kalau anda ada barang kemas 916, berapa pula nilai emas yang anda pegang?

Ramai orang bila nampak harga emas per gram, mereka terus ambil berat barang kemas dan darabkan dengan harga tersebut. Nampak mudah.

Tetapi sebenarnya, harga beli, nilai emas, harga jual balik dan harga pajak bukan perkara yang sama. Sebagai contoh, berdasarkan harga PG Jewel hari ini, emas 916 mempunyai:

PG Sell: RM621/g
PG Buy: RM540/g

Jadi kalau anda mahu memahami nilai sebenar barang kemas emas yang anda miliki, anda perlu tahu apa maksud kedua-dua harga ini dan bagaimana cara mengiranya.

Dalam artikel ini, kita akan lihat cara kira nilai emas 916, cara kira harga jual balik, apa itu spread, bagaimana pula dengan harga pajak dan perkara penting yang perlu difahami sebelum membeli barang kemas.

Nota: Harga emas berubah dari semasa ke semasa. Angka dalam artikel ini merujuk kepada harga PG Jewel yang ditunjukkan pada masa artikel ini dikemas kini.

Harga Emas 916 Harini

Harga emas biasanya dinyatakan dalam Ringgit Malaysia per gram (RM/g). Untuk PG Jewel, harga yang dirujuk hari ini ialah:

Harga Emas 916 Harini dan apa maksudnya
Harga Emas 916 Harini dan apa yang perlu pelanggan faham

Apa maksud kedua-dua harga ini?

PG Sell ialah harga yang pelanggan bayar kepada Public Gold apabila membeli PG Jewel.

PG Buy pula ialah harga yang Public Gold bayar kepada pelanggan apabila Public Gold membeli semula PG Jewel tersebut.

Jadi untuk emas 916:

PG Sell = RM621/g

PG Buy = RM540/g

Perbezaan antara dua harga ini sangat penting untuk difahami kerana ia berkait dengan konsep spread.

Apa Itu Emas 916?

Emas 916 ialah emas yang mengandungi kira-kira 91.6% emas tulen, bersamaan dengan 22 karat.

Baki kandungannya terdiri daripada logam lain yang dicampurkan untuk menjadikan emas lebih kukuh dan sesuai digunakan sebagai barang kemas.

Sebab itu emas 916 sangat popular untuk pelbagai jenis barang kemas seperti:

  • Cincin
  • Gelang
  • Rantai
  • Loket
  • Subang
  • Pelbagai design barang kemas

Apabila anda membeli barang kemas 916, anda bukan hanya membayar nilai emas. Anda juga mungkin membayar upah, design dan kos pembuatan, bergantung kepada produk yang dibeli.

Cara Kira Nilai Emas 916

cara kira harga emas 916
Cara kira harga emas 916 yang sebenar

Formula paling mudah ialah Nilai emas = Berat × Harga emas per gram

Contohnya anda mempunyai 10 gram PG Jewel 916. Jika menggunakan harga PG Sell RM621/g:

10g × RM621 = RM6,210

Jadi, berdasarkan harga PG Sell, nilai 10 gram tersebut ialah RM6,210. Tetapi ada satu perkara yang sangat penting. RM6,210 bukan semestinya jumlah yang anda akan terima apabila menjual semula emas tersebut.

Kenapa? Sebab apabila Public Gold membeli semula PG Jewel daripada anda, harga yang digunakan ialah PG Buy, bukan PG Sell.

Cara Kira Harga Jual Balik Emas 916

Sekarang kita gunakan harga PG Buy pula. Harga PG Buy untuk PG Jewel 916 ialah RM540/g. Kalau anda mempunyai 10 gram:

10g × RM540 = RM5,400

Jadi:

Nilai berdasarkan PG Sell:
10g × RM621 = RM6,210

Anggaran berdasarkan PG Buy:
10g × RM540 = RM5,400

Perbezaannya:

RM6,210 − RM5,400 = RM810

Ini menunjukkan kenapa anda perlu faham perbezaan antara harga ketika membeli dan harga ketika menjual semula. Berat emas sama. Ketulenan emas sama. Tetapi kadar harga yang digunakan berbeza.

Apa Itu Spread Emas?

Secara mudah, spread ialah perbezaan antara harga beli dengan harga buyback. Untuk PG Jewel 916:

PG Sell = RM621/g

PG Buy = RM540/g

Maka:

RM621 − RM540 = RM81/g

Jadi spread berdasarkan harga tersebut ialah:

RM81 setiap gram

Kalau anda mempunyai 10 gram, 10g × RM81 = RM810. Perbezaan antara kedua-dua kadar untuk 10 gram ialah RM810.

Namun, penting untuk difahami bahawa angka RM810 tersebut ialah perbezaan antara PG Sell dan PG Buy pada ketika itu.

Ia bukan bermaksud RM810 ialah kerugian muktamad anda kerana pulangan sebenar juga bergantung kepada harga ketika anda membeli, harga ketika anda menjual dan kos berkaitan.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang konsep ini dalam artikel Spread Emas Public Gold.

PG Buy RM540/g Bukan Harga Jual Balik Semua Emas 916

Ini bahagian yang sangat penting untuk pembaca. PG Buy RM540/g dalam artikel ini merujuk kepada harga buyback untuk PG Jewel.

Ia bukan bermaksud semua barang kemas emas 916 di Malaysia akan dibeli semula pada RM540/g. Kedai emas lain, syarikat lain atau institusi Ar-Rahnu mungkin menggunakan:

  • Harga yang berbeza
  • Polisi yang berbeza
  • Kaedah penilaian yang berbeza
  • Margin pembiayaan yang berbeza

Jadi apabila anda melihat harga buyback, sentiasa tengok siapa yang membeli semula emas tersebut dan apakah syaratnya.

Dalam konteks artikel ini:

PG Buy = harga Public Gold membeli semula PG Jewel.

Harga Barang Kemas Tak Semestinya Sama Dengan Nilai Emas

Satu lagi perkara yang ramai orang keliru ialah perbezaan antara harga barang kemas dengan nilai emas yang terkandung dalam barang tersebut. Contohnya, anda membeli satu cincin emas 916 seberat 10 gram.

Dengan harga PG Sell RM621/g:

10g × RM621 = RM6,210

Tetapi harga akhir yang anda bayar untuk sesebuah barang kemas tidak semestinya hanya RM6,210.

Ia boleh melibatkan Nilai emas + upah. Sebab itu dua barang kemas yang mempunyai berat sama boleh mempunyai harga yang berbeza.

Satu mungkin mempunyai design ringkas. Satu lagi mungkin mempunyai design yang lebih rumit dan memerlukan lebih banyak kerja pembuatan. Jadi sebelum membeli barang kemas, jangan hanya tanya:

“Harga emas 916 harini berapa?”

Tanya juga,

“Berapa harga per gram, berapa berat, berapa upah dan berapa harga buyback?”

Adakah Upah Barang Kemas Akan Dapat Balik?

Tidak semestinya. Upah yang dibayar ketika membeli barang kemas tidak semestinya dikembalikan apabila anda menjualnya semula.

Sebab itu kita perlu membezakan antara harga yang anda bayar untuk barang kemas dan nilai emas yang terkandung dalam barang kemas tersebut.

Ini juga sebab mengapa anda perlu melihat keseluruhan kos pembelian, bukan hanya harga emas per gram.

Apa Pula Harga Pajak Emas 916?

Kalau anda tidak mahu menjual emas tetapi memerlukan tunai, satu lagi pilihan ialah pajak emas melalui Ar-Rahnu atau kemudahan pajak gadai yang berkaitan, tertakluk kepada syarat institusi berkenaan.

Dalam keadaan ini, emas digunakan sebagai cagaran. Institusi akan menilai emas tersebut dan menentukan jumlah pembiayaan berdasarkan nilai marhun dan margin pembiayaan yang ditetapkan.

Contohnya nilai emas = RM5,000. Jumlah pembiayaan yang anda terima mungkin hanya sebahagian daripada RM5,000 tersebut.

Jadi nilai emas ≠ jumlah tunai yang anda terima. Selain margin pembiayaan, anda juga perlu melihat perkara seperti:

  • Caj atau upah simpan
  • Tempoh pembiayaan
  • Margin pembiayaan
  • Syarat penebusan

Setiap institusi mempunyai terma yang berbeza. Sebagai contoh, ini rate gadaian di Arrahnu Exchange.

Rate gadaian emas di Arrahnu Exchange
Rate gadaian emas di Arrahnu Exchange

Harga PG Buy dalam artikel ini adalah khusus untuk buyback PG Jewel, manakala harga atau margin pajak ditentukan oleh institusi pajak yang berkenaan.

Barang Kemas 916 Bukan Sekadar Untuk Dipakai

Bila bercakap tentang barang kemas, ramai melihatnya sebagai barang perhiasan. Tetapi bagi sesetengah orang, ia juga merupakan salah satu cara untuk memiliki emas fizikal yang boleh dipakai.

Walau bagaimanapun, fungsi barang kemas tidak semestinya sama dengan gold bar atau dinar.

Secara mudah, barang kemas lebih menekankan gabungan kandungan emas, design, fungsi untuk dipakai dan upah.

Manakala untuk gold bar atau dinar, ia lebih dekat dengan tujuan mengumpul emas berdasarkan berat dan ketulenan.

Jadi kalau anda mahu emas untuk dipakai, barang kemas mungkin lebih sesuai. Kalau anda mahu fokus kepada pengumpulan gram emas, gold bar atau dinar mungkin lebih sesuai. Yang penting ialah faham tujuan pembelian sebelum memilih produk.

Public Gold Bukan Sekadar Gold Bar dan Dinar Classic

Harga emas 916 terbaik di PG Jewel
Harga emas 916 terbaik di PG Jewel

Bila sebut Public Gold, ramai orang terus teringat kepada gold bar atau Dinar Classic. Tetapi sebenarnya Public Gold juga mempunyai PG Jewel untuk barang kemas.

Dan PG Jewel bukan sekadar satu atau dua design. Terdapat pelbagai jenis barang kemas dan design yang boleh dipilih, termasuk cincin, gelang, rantai, loket dan lain-lain.

Jadi kalau selama ini anda fikir yang,

“Public Gold ni tempat beli gold bar dan dinar sahaja.”

Sebenarnya tidak. Public Gold juga mempunyai PG Jewel untuk mereka yang mahu memiliki emas yang boleh dipakai. Ini menarik kerana anda boleh melihat emas daripada dua perspektif.

Emas untuk dipakai melalui PG Jewel dan emas untuk dikumpul melalui produk seperti gold bar atau dinar.

Untuk melihat lokasi cawangan PG Jewel, anda boleh rujuk laman rasmi PG Jewel.

Psst, Barang Kemas 916 Boleh Withdraw Dari Akaun GAP!

Lebih menarik, sekarang anda boleh withdraw emas 916 dari Akaun GAP anda juga! Bagaimana caranya? Rujuk gambar di bawah.

Withdraw barang kemas 916 dari akaun GAP!
Withdraw barang kemas 916 dari akaun GAP!

Barang Kemas Atau Gold Bar Mana Lebih Sesuai?

Tiada satu jawapan yang sesuai untuk semua orang. Semuanya bergantung kepada objektif anda. Saya lebih suka melihat emas berdasarkan fungsi.

Barang kemas ada fungsi sebagai emas yang boleh dipakai. Gold bar dan dinar pula lebih dekat dengan fungsi sebagai simpanan emas.

Bagi orang yang baru mahu bermula dengan modal kecil, ada juga pilihan seperti GAP atau Gold Accumulation Program untuk mengumpul emas secara berperingkat.

Anda boleh baca panduan berkaitan pengalaman saya simpan emas Public Gold serendah RM100 sampai dapat beli sebuah rumah di usia 20an!.

5 Perkara Wajib Semak Sebelum Beli Emas 916

Sebelum membeli barang kemas emas 916, semak sekurang-kurangnya lima perkara.

1. Harga emas per gram

Jangan hanya tengok jumlah keseluruhan.

Lihat berapa kadar yang dikenakan untuk setiap gram.

2. Berat emas

Pastikan anda tahu berapa gram emas yang anda beli.

3. Upah

Tanya berapa jumlah upah dan kos berkaitan.

4. Harga dan jaminan buyback

Semak berapa harga pihak tersebut akan gunakan apabila membeli semula emas anda. Dan adakah kedai tersebut mampu jamin 100% untuk beli balik emas tersebut walaupun ia sudah kemek, rosak dan lain-lain.

5. Spread

Bandingkan harga beli dengan harga buyback supaya anda faham perbezaan antara kedua-duanya.

Dengan mengetahui lima perkara ini, anda akan lebih mudah membuat perbandingan dan memahami kos sebenar pemilikan emas.

Adakah Public Gold beli balik emas daripada brand lain?

Yes, of course! Public Gold bukan hanya membeli balik emas daripada brand Public Gold sahaja.

Public Gold turut menyediakan Non-PG Gold Buyback, iaitu pembelian semula emas daripada jenama lain, termasuk emas 999 dan 916</strong>. Public Gold juga mempunyai Non-PG Silver Buyback untuk silver 999.

Jadi kalau anda ada barang kemas atau emas daripada brand lain dan mahu menjualnya, anda boleh semak kadar Non-PG Buyback Public Gold pada masa tersebut.

Sebagai contoh, kadar yang dipaparkan di laman rasmi Public Gold ketika artikel ini dikemas kini ialah:

Non-PG Gold 999 — RM584/g

Non-PG Gold 916 — RM536/g

Non-PG Silver 999 — RM5/g

Cuma satu perkara penting. Kadar Non-PG Buyback tidak sama dengan kadar PG Buy untuk produk Public Gold.

Sebagai contoh:

PG Jewel 916 → PG Buy RM540/g

Non-PG Gold 916 → PG Buy RM536/g

Jadi kalau anda datang ke Public Gold untuk menjual emas brand lain, jangan gunakan kadar PG Jewel PG Buy. Semak kadar Non-PG Buyback yang berkenaan.

Maksudnya, emas brand lain pun boleh dijual kepada Public Gold, tertakluk kepada ketulenan, jenis produk dan terma buyback yang ditetapkan pada masa tersebut.

Kesimpulan

Harga emas 916 harini bukan sekadar tengok harga per gram. Fahami juga harga beli, upah, harga buyback dan spread supaya anda tahu nilai sebenar emas yang dimiliki.

Dan kalau anda ingat Public Gold hanya ada gold bar dan Dinar Classic, PG Jewel juga menawarkan pelbagai pilihan barang kemas untuk anda pakai sambil memiliki emas.

Nak lebih menarik? PG Jewel juga ada Lucky Club!

PG Jewel Lucky Club, Belian serendah RM100 untuk sertai!
PG Jewel Lucky Club, Belian serendah RM100 untuk sertai!

Sebagai contoh, June 2026 Lucky Club menawarkan hadiah keseluruhan sehingga RM60,000, termasuk hadiah seperti gold bar 916/22K, barang kemas, jewellery voucher dan pelbagai hadiah lain.

Jadi, kalau anda memang sedang mencari barang kemas emas 916, boleh juga explore PG Jewel dan sertai Lucky Club yang ditawarkan dengan pembelian serendah RM100!

Irfan Said,
Penulis info emas & kewangan Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!