Nasi Beriani Syed Bistro

Nak dijadikan cerita, haritu waktu saya balik dari main futsal dengan geng-geng futsal ni, memang dah rezeki kami malam tu. Salah seorang kawan kami belanja Nasi Beriani.

Seorang satu bungkus. Fuhh masyuk gila. Sampai je rumah, saya letak nasi tu atas meja. Terus bagitahu Ummi yang ada Nasi Beriani kawan belanja.

Apa lagi, memang dah jadi favourite kami. Duduklah makan tiga beranak sekali dengan Hazim. Masing-masing rasa sorang sikit. Ummi kata sedap, nanti mintak tanyakan dekat kawan saya, mana beli nasi tu.

Mau repeat katanya. Ahh sudah.

Semalam bila tanya kawan saya tu, rupanya nasi tu dia order dari Restoran Syed Bistro. Untuk pengetahuan korang, Syed Bistro Taman Permata dah lama tutup. Sedihhh.

Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak!

Yang paling dekat kalau area KL, ada di Dang Wangi. Dari Setapak, ambil masa dalam 20 minit gitu. Kedai Syed Bistro ni Depan sikit je dari IPD Dang Wangi yang warna biru besar tu. Dekat juga dengan Air Terjun Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Restoran Syed Bistro ni memang betul-betul tepi jalan, haa jadi kena pandai-pandai cari parking. Tadi pun abang dah terlajak tau. Kena pusing satu round, nasib baik Ummi perasan cepat kali kedua pusing tu.

Nasi Beriani dia memang sedap, boleh pilih nak set ayam atau kambing. Ada jugak kuah dalca dan acar. Tapi kalau makan nasi dia saja pun dah sedap weh. Tak campur kuah pun takpa. Gerenti tak tipu! Sebab nasi dia tu tak kering, basah-basah gitu. Secukup rasa!

Ayam pulak boleh tahan, besar yang amattt! Penuh satu tapak tangan bhai. Lagi-lagi kalau dapat bahagian dada. Memang gerenti puas hati.

Kalau korang nak rasa Nasi Beriani Syed Bistro ni, apa tunggu lagi? Pergilah serbu. Ni alamat saya kongsikan di bawah. Okeh gais, selamat mencubaa!

Syed Bistro
Dang Wangi, No. 57, Jalan Dang Wangi, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Buka dari 7 pagi – 12 malam.

Irfan Sa’id,
Nasi Beriani paling ngam!

Ini gambar dari arah belakang kedai. Ada tempat parkir berbayar juga.
Syed Bistro betul-betul berhadapan dengan bangunan warna peach ini
Inilahh kedainya! Di tengah Bandar Raya Kuala Lumpur
Dekat dengan IPD Dang Wangi, yang bangunan tinggi warna biru tu
Nak Delivery pun boleh
Fuhh, Nasi Beriani Ayam yang sangat menyelerakan!
Nasi Beriani Kambing yang menjilat jarii!
Siap order 3 bungkus nasi untuk family
Portion dia memang banyak gilaaa!
Haa ini saya terpaksa bahagi separuh dengan Ummi saya. Tak larat nak makan semua hehe

Leave a Comment

Your email address will not be published.