Orang Toksik, Boleh Blah!

Sudah tiba masanya untuk kita pastikan diri kita terus kekal positif dan kuat dengan circle yang sedia ada. Kenapa kita kena bergaul dengan orang yang nak menghancurkan hidup kita?

Ada enam jenis manusia ini yang boleh kita undurkan diri perlahan-lahan daripada kumpulan mereka. Tak perlu putus kawan, hanya melangkah keluar setapak sahaja dari circle tersebut.

Mereka ialah:

1. The Energy Drainer.
2. The Fake Complimentor.
3. The Pessimist.
4. The Criticiser.
5. The Manipulator.
6. The Victim.

Kesemua jenis perangai manusia ini, kita boleh elakkan awal-awal dari hidup kita. Untuk kita terus melangkah ke hadapan, kita memerlukan circle yang sentiasa support kita, saling memberikan idea dan juga selalu membantu kita sama ada sewaktu susah atau senang.

Semoga dengan tiadanya orang-orang toksik sebegini akan memberi peluang untuk kita lebih menyinar. Semoga kita lebih sukses dari hari ini. Ingat, kita yang menentukan hala tuju diri kita sendiri.

Jadi, tidak salah untuk undur 2-3 langkah, ambil simpang yang lain dan terus pecut ‘tinggalkan’ perangai-perangai ini ya.

Irfan Sa’id,
Kekal Positif!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *