Cuba, Cuba dan Cuba!

Cuba, cuba dan cuba!

Kita tidak akan tahu potensi diri kita yang sebenar andai kita tidak mencuba sesuatu perkara yang baharu.

Proses pembelajaran itu bermula apabila kita melakukan kesalahan dalam sesuatu bidang. Nilaian dan pengajaran dari kesalahan yang kita lakukan, itulah yang dinamakan proses pembelajaran.

Tidak perlu takut andai kita tersilap langkah, tetapi takutlah jika kita tidak mencuba untuk melakukan dan memulakan langkah yang pertama!

Seorang anak kecil pun belajar untuk berjalan walaupun dia seringkali terjatuh ketika di fasa permulaan.

Jadi, apa sebab lain yang perlu kita risaukan?

Kerana kita juga pernah mengalami proses pembelajaran yang sama. Waktu kecil kita pun serupa, tidak sesekali gentar dan sentiasa ingin mencuba perkara yang baharu.

Kuncinya, terus mencuba dan konsisten sehingga akhirnya kita mencapai kejayaan!

Muhammad Irfan Bin Mohd Sa’id,
Never give up!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *