Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir

Kalau kita sebut saja nama beliau, mesti ramai antara kita yang sudah mengenali susuk tubuh seorang tokoh dan pengasas perniagaan korporat bertaraf antarabangsa, Sapura Holdings.

Saya baca buku beliau, ‘Anak Seorang Drebar’ dan saya cukup-cukup terkesan dengan coretan kisah beliau yang membesar dalam suasana perang pada zaman pendudukan Jepun.

Barulah saya tahu sedikit sebanyak tentang latar belakang Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir.

Dari kisah zaman kanak-kanaknya yang tinggal di kawasan perlombongan sehinggalah ke detik kegemilangan empayar perniagaan beliau yang wujud sekarang ini.

Yang paling menginspirasikan saya adalah bagaimana bapa kepada Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan pendidikan yang terbaik bagi anak tunggalnya itu walaupun banyak cabaran dan halangan yang perlu dihadapi.

Kesungguhan dalam membuat satu-satu perkara dan kemuliaan keperibadian beliau sendiri yang diyakini oleh sahabat-sahabat baiknya juga memang membuatkan saya sangat tersentuh ketika membaca buku ini.

Yang paling sebak, apabila beliau mengenangkan betapa bangga dan gembiranya emak serta ayah beliau jika mereka tahu yang anak tunggalnya itu yabg dulu hanya seorang anak drebar kini bergelar ‘Tan Sri’.

Kalian patut baca buku ini. Sangat murah, boleh didapati di Shoppe juga, di store ITBM. Sangat memberi inspirasi untuk kita terus maju ke hadapan!

Irfan Sa’id,
Baca, baca dan terus baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published.